Ahad, 30 Disember 2012

Tip Mengurangkan Gemuruh Ketika Temuduga



GEMBIRA dan panik menyerang anda sekaligus, ketika surat panggilan temuduga sampai ke tangan anda.


Seterusnya, anda berfikir, baju apa yang patut dipakai, apa yang perlu dijawab ketika sesi temuduga, bolehkah anda melakukan kerja tersebut, atau bolehkah anda meyakinkan bakal majikan supaya menerima anda?

Jangan bimbang. 

Kami memberikan beberapa tips untuk mengatasi kebimbangan anda.

Temuduga adalah asas pemilihan pekerja. 

Anda menghantar borang permohonan, dipanggil untuk sesi temuduga dan sekarang terpulang kepada anda untuk memberikan keyakinan kepada bakal majikan anda.

Jika anda berjaya melepasi temuduga tersebut, bermakna anda akan berjaya melepasi temuduga kedua dan seterusnya sehingga anda diterima bekerja.

Berjaya beroleh panggilan temuduga bererti anda berada di pertengahan jalan dalam usaha mendapatkan kerjaya idaman.

Temuduga bukan suatu penyiasatan seperti polis menyoal pesalah. 

Berkelakuan seperti orang dewasa, bukan mangsa.

Penemuduga sendiri bukanlah orang yang sempurna.

Jika anda melakukan kesilapan, lupakan hal itu dan teruskan langkah.

Untuk berjaya dalam sesi temuduga, anda harus memahami emosi dan keadaan semulajadi. 

Bagaimana anda mengatasinya sama penting dengan apa yang anda katakan.

banyak lagi tips berguna untuk difahami..

Jom Dapatkanya sekarang di 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan